Monday, November 5, 2018

3 Jenis Melayu Di Sarawak



Melayu di Sarawak boleh dikategorikan kepada 3 melalui dialek serta tempat asal mereka.
  1. Melayu Brunei
  2. Melayu Berenei
  3. Melayu Urang Laut

Melayu Brunei
Seperti namanya, mereka memang berasal daripada Brunei Darussalam serta banyak menduduki kawasan di sekitar utara Sarawak seperti Limbang dan Miri serta bercakap dalam bahasa Melayu Brunei.


Melayu Berenei
Sebahagian besar menduduki kawasan di sekitar kuching, Sibu dan Bintulu, sedikit di Samarahan. Menggunakan dialek Berenei yang khususnya menjadi trademark bahasa Melayu Sarawak. Terbahagi kepada 2 jenis:

      a. Berenei Pya (BMS-formal)
      b. Berenei Pye (Hampir sama dengan BMS-formal)
          Akhiran Ya berubah menjadi Ye serta menduduki
          kawasan di sekitar Tabuan, Sarikei dan Simunjan.


Melayu Urang Laut
Merupakan cabang suku Melayu Sarawak yang mendiami kawasan sepanjang Rantau Pesisir dari Samarahan ke Sebuyau, Pusa, Meludam, Betong dan Saratok. Mempunyai dialek identetik khas yang agak berbeza serta lebih dalam berbanding dialek Berenei dan Brunei. Menggelar diri sebagai urang laut, bercakap dalam dialek Nyebong Pyo yang berakhiran dengan Yo. 

Setiap dialek Nyebong dapat dipecahkan lagi kepada beberapa slang mengikut daerah dan bahagian yang berbeza. Namun, meskipun berbeza mereka (urang laut) masih dapat memahami sesama mereka.